JENIS BANTUAN YANG DISEDIAKAN

Syarat kelayakkan Bantuan Am :
* Warganegara Malaysia
* Bermastautin di negeri Kedah
* Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000 sebulan
* Ibu Tunggal , warga emas, OKU, anak yatim dan penjaga ibu atau bapa yang uzur
* Bilangan tanggungan anak yang masih bersekolah 2 orang dan ke atas

KAEDAH PERMOHONAN
* Dapatkan borang bantuan di Kaunter Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah atau Pejabat Agama Daerah yang berdekatan.

*Senarai Dokumen diperlukan:
1) Salinan kad pengenalan
2) Surat pengesahan sekolah
3) Surat / sijil kematian atau perceraian
4) Penyata gaji (sekiranya ada)
5) Lain-lain (dokumen sokongan)
6) Borang permohonan hendaklah disahkan dan di cop oleh Imam atau Jawatankuasa Kariah Masjid.
7) Salinan akaun bank yang aktif
* Semua permohonan tertakluk kepada terma, syarat dan kelulusan MAIK
Syarat kelayakan Bantuan Bencana Alam:
1) Warganegara dan bukan warganegara Malaysia
2) Bermastautin di negeri Kedah
3) Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan
3) Kebakaran, ribut, banjir dan lain-lain untuk rumah kediaman yang didiami sahaja

KAEDAH PERMOHONAN
* Dapatkan borang bantuan di Kaunter Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah atau Pejabat Agama Daerah yang berdekatan.

* Senarai Dokumen diperlukan:
1) Salinan kad pengenalan
2) Laporan Polis
3) Gambar Bencana Alam
4) Borang permohonan hendaklah di sahkan dan di cop oleh Imam atau jawatankuasa Masjid.
5) Salinan akaun bank yang aktif

* Semua permohonan tertakluk kepada terma , syarat dan kelulusan MAIK
Syarat kelayakan Bantuan Perubatan:
1) Warganegara Malaysia
2) Bermastautin di negeri Kedah
3) Sakit Kronik (jantung, buah pinggang, kanser, stroke, kemalangan jalan raya, dan lain-lain penyakit yang dikategori sebagai kronik)
2) Mendapat rawatan di klinik/hospital kerajaan Malaysia
3) Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan

KAEDAH PERMOHONAN
* Dapatkan borang bantuan di Kaunter Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah atau Pejabat Agama Daerah yang berdekatan.
* Senarai Dokumen diperlukan:
1) Salinan sijil kelahiran/ kad pengenalan pesakit atau penjaga
2) Gambar Pesakit (jika perlu)
3) Borang permohonan hendaklah disahkan dan dicop oleh Imam atau Jawatankuasa Kariah Masjid dan Pegawai Perubatan Kerajaan.
4) Salinan sebut harga peralatan perubatan (jika perlu)
5) Salinan akaun bank pemohon atau penjaga yang aktif

* Semua permohonan tertakluk kepada terma, syarat dan kelulusan MAIK
Syarat kelayakan Bantuan Pengurusan Jenazah yang tidak dituntut:
1) Warganegara dan bukan warganegara Malaysia
2) Meninggal dunia dan ditempatkan di mana-mana hospital di negeri Kedah
3) Jenazah tidak mempunyai waris untuk menguruskannya

KAEDAH PERMOHONAN
1) Lampirkan surat permohonan rasmi melalui pihak pengurusan jenazah kepada Baitulmal Negeri Kedah
2) Lampirkan satu salinan surat perkuburan yang telah disahkan atau salinan surat mati yang telah disahkan
3) Lampirkan Laporan Polis
4) Pengurusan jenazah perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pihak Hospital
4) Salinan akaun bank yang aktif

Syarat kelayakan Bantuan Pengurusan Jenazah miskin :
1) Warganegara dan bukan warganegara Malaysia
2) Meninggal dunia di negeri Kedah
3) Pendapatan Isi rumah tidak melebihi RM2,000 sebulan

KAEDAH PERMOHONAN
1) Lampirkan surat permohonan rasmi melalui pihak pengurusan jenazah kepada Baitulmal Negeri Kedah
2) Lampirkan satu salinan surat kebenaran pengkebumian
3) Lampirkan Laporan Polis
4) Lampirkan surat pengesahan daripada Jawatankuasa Kariah Masjid
4) Salinan akaun bank yang aktif

* Semua permohonan tertakluk kepada terma , syarat dan kelulusan MAIK
Syarat kelayakan Bantuan Institusi-institusi Agama :
1) Sekolah Agama, Tahfiz, pondok dan lain-lain pusat pengajian Islam
2) Masjid atau surau
3) Institusi Agama mestilah terletak di negeri Kedah

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut :
1) Institusi hendaklah berdaftar dengan MAIK/JHEAIK/PBT dan lain-lain agensi yang berkaitan.
2) Menyatakan dengan jelas tujuan permohonan kepada pihak Baitulmal.

KAEDAH PERMOHONAN
1) Kemukakan surat permohonan rasmi kepada pihak Baitulmal Negeri Kedah
2) Sertakan bersama kertas kerja yang lengkap beserta implikasi kewangan (lampirkan dokumen sebutharga sekiranya ada)
3) Gambar tujuan permohonan (untuk baik pulih prasarana yang rosak)
4) Salinan akaun bank agensi/persatuan yang aktif

* Semua permohonan tertakluk kepada terma dan syarat kelulusan MAIK
Syarat kelayakkan Bantuan Kecemasan:
1) Warganegara dan bukan warganegara Malaysia
2) Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000 sebulan
3) Terputus Bekalan Makanan
4) Musafir yang terputus kewangan

KAEDAH PERMOHONAN
1) Pemohon perlu mendapatkan borang bantuan di Kaunter Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah
2) Pemohon perlu mengemukakan laporan polis bagi kes kehilangan atau kecurian barang
3) Pemohon perlu sertakan salinan kad pengenalan diri /salinan kad pengenalan sementara

CARA BAYARAN/AGIHAN
1) Bayaran secara tunai (menggunakan panjar wang runcit) berdasarkan keperluan
2) Kit Makanan
3) Pembelian tiket Bas atau Kereta Api

* Semua permohonan tertakluk kepada terma ,syarat dan kelulusan MAIK

HUBUNGI KAMI

Baitulmal Negeri Kedah
Bangunan Wan Mat Saman
05000 Alor Setar
Kedah Darul Aman

Telefon: +604 - 702 6200
Fax: +604 - 702 6201

Emel: maik(at)kedah(dot)gov(dot)my

PENAFIAN

Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.