Pelanggan Wakaf terdiri daripada pewakaf, pemohon tanah kerajaan, pemohon cadangan pengambilan tanah, penyewa tanah wakaf, pemohon hasil wakaf khas dan Bahagian Pembangunan Hartanah. Kepada mereka, Bahagian Wakaf menjanjikan yang berikut :
Memproses permohonan wakaf melalui borang 14A (KTN – borang pindah milik untuk semua bahagian tanah / semua bahagian pewakaf / melebihi 1 ekar) tidak melebihi 3 minggu dan borang 12B (untuk sebahagian tanah) tidak melebihi 4 minggu selepas permohonan diterima.
Mengemuka permohonan tanah kerajaan kepada Pejabat Tanah Daerah dalam tempoh 3 minggu selepas permohonan diterima.
Memproses pengambilan tanah mengikut prosedur dan dalam tempoh 2 tahun.
Memproses permohonan untuk menyewa tanah mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan dalam tempoh 1 bulan selepas permohonan diterima.
Memproses permohonan pengeluaran hasil wakaf khas dalam tempoh 4 minggu selepas menerima permohonan.
Menyedia laporan tanah selepas lawatan tapak dibuat dalam masa seminggu.