Pengenalan

Sejarah penubuhan Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) bermula apabila satu jawatankuasa bagi menangani gejala murtad dikalangan saudara baru telah membuat resolusi dengan mencadangkan satu pusat khusus diwujudkan bagi memberi pendidikan tentang ajaran Islam kepada saudara baru.

Mesyuarat Majlis telah bersetuju untuk menubuhkan Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) pada 8 Mac 1998 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 April 1999. Mesyuarat Majlis juga telah melantik Ahli Lembaga Tadbir PUSBA bagi melicinkan perjalanan pentadbiran PUSBA.

Pada tahun 1999 hingga bulan September 2005, operasi pentadbiran PUSBA ditempatkan dibangunan kepunyaan Masjid Sultan Muzaffar Shah dan 2 kuarters bersebelahan Masjid  Sultan Muzaffar Shah telah digunakan untuk dijadikan asrama peserta lelaki dan perempuan, serta satu ruang dijadikan pejabat pentadbiran dan bilik kuliah untuk pengajian.

Kerajaan Negeri Kedah telah memberikan sebidang tanah seluas 1.6 hektar sebagai tapak tetap PUSBA bersebelahan dengan Kem 6 Briged di Sungai Petani. Projek pembinaan bangunan baru PUSBA ini telah bermula pada 21 April 2003 dan telah siap sepenuhnya pada 14 Mei 2005 dengan kos sebanyak RM3,226,721.70 yang menggunakan peruntukan dari Jabatan Zakat Negeri Kedah.

Pada bulan Oktober 2005 pentadbiran PUSBA telah berpindah ke bangunan baru di Lot 2, Mukim Sungai Petani bersebelahan dengan Kem 6 Briged, Jalan Pegawai, Sungai Petani.

Pada tahun  2007, nama Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) telah ditukarkan kepada Pusat Bimbingan Islam (PUSBA). Pada 12 Ogos 2008, Pusat Bimbingan Islam PUSBA dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman dan telah ditukarkan nama kepada Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Logo yang digunakan adalah logo berkonsepkan“Pucuk Rebung”.

Bangunan baru ini boleh menempatkan 128 peserta dengan disediakan kemudahan-kemudahan yang selengkapnya seperti berikut :-

  1. Surau
  2. Dewan makan
  3. Asrama Lelaki & Perempuan
  4. Bilik warden Lelaki & Perempuan
  5. Bilik perpustakaan
  6. Bilik rekreasi Lelaki & Perempuan
  7. Bilik Kuliah
  8. Bilik Pengetua
  9. Ruang Pentadbiran
  10. Bilik mesyuarat
  11. Bilik kaunseling
  12. Dewan
  13. Padang Badminton
  14. Dan lain-lain

Objektif

  1. 1. Untuk memberi pendidikan dan kefahaman kepada saudara-saudara baru mengenai asas-asas Islam.
    2. Untuk menyekat dan membendung daripada berlakunya gejala murtad selepas memeluk Islam.
    3. Memelihara kesucian akidah, syariah dan akhlak di kalangan saudara baru.
    4. Meningkatkan kesedaran rasa ukuwwah islamiah di kalangan saudara baru.
    5. Membentuk amalan kehidupan mereka supaya sentiasa berada dalam suasana Islam.
    6. Mengwujudkan pendakwah dari kalangan saudara baru.
    7. Sebagai satu pusat bagi membantu saudara-saudara baru dari aspek kerohanian, kebajikan, keselamatan dan kehidupan beragama Islam.

Peranan

  1. Menganjur kursus asas kefahaman Islam selama 4 bulan kepada saudara baru.
  2. Mengukuhkan kefahaman dan penghayatan Islam dikalangan saudara baru khususnya dan masyarakat Islam amnya
  3. Menawarkan program dan aktiviti mengenai kefahaman Islam kepada sasaran tertentu serta semua yang ingin mengetahui dan mempelajarai  Islam secara lebih mendalam.
  4. Memberi bimbingan dan nasihat kepada bakal-bakal saudara baru dan saudara baru yang telah memeluk Islam tentang kemantapan, kefahaman dan penghayatan Islam.

Piagam Pelanggan

  1. Kami menawarkan program dan aktiviti mengenai kefahaman Islam kepada sasaran tertentu khususnya saudara baru dan semua golongan yang ingin mengetahui dan memahami Islam dengan lebih dekat dan mendalam.
  2. Kami komited dalam memberi bimbingan dan nasihat kepada bakal-bakal saudara baru ,yang baru memeluk Islam, kemantapan dan kefahaman serta penghayatan Islam kepada saudara baru yang telah lama memeluk Islam.
  3. Kami sentiasa memastikan kebajikan saudara baru dari sudut sosial, ekonomi dan pendidikan terjamin.
  4. Kami sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada saudara baru dalam menangani dan mengatasi masalah setiap yang dihadapi saudara baru.

Soalan Lazim

  1. Saya seorang saudara baru. Saya ingin belajar dan mendalami agama Islam. Di mana saya boleh mengikuti kelas pengajian dan berapa lama tempoh pengajian?

    Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (PUSBA) telah menyediakan kelas pengajian asas fardhu ain kepada saudara baru melalui 3 sesi pengajian iaitu :

    Bil.

    Sesi

    Tempoh Bulan

    1.

    Pertama

    Januari – April

    2.

    Kedua

    Mei – Ogos

    3.

    Ketiga

    September – Disember

    2) Jika saya berada di luar daerah, bagaimanakah cara membolehkan saya mengikuti pengajian di PUSBA?

    PUSBA menyediakan dua jenis pengajian iaitu Pengajian Bulanan dan Pengajian Mingguan. Pelajar yang berada di daerah lain boleh mengikuti pengajian Kelas Mingguan yang terdapat di 8 buah daerah di Negeri Kedah. Daerah tersebut adalah :

    Bil.

    Daerah

    Tempat Pengajian

    1.

    Kuala Muda

    PUSBA, Sungai Petani

    2.

    Kulim

    Bangunan Zakat Kulim

    3.

    Baling

    Bangunan Baitulmal No 11, Jalan Liku Baling

    4.

    Pendang

    SMA Islah, Pendang

    5.

    Kubang Pasu

    Madrasah Mustafawiyah, Tanjung Kapur Jitra

    6.

    Kota Setar

    Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar

    7.

    Padang Terap

    Masjid Tengku Sarafuddin Badlishah, Pulau Kijang,Kuala Nerang

    8.

    Pulau Langkawi

    Bangunan Cikgu Abdul Halim, Pekan Kelibang

    1. Bolehkah saya membawa anak kecil bersama-sama tinggal di PUSBA?

    Peraturan pengajian PUSBA tidak membenarkan anak kecil dibawa bersama ketika mengikuti kelas pengajian

    1. Bolehkah saya turut serta mengikuti pengajian jika saya telah berkahwin?

    Boleh. Tiada halangan kepada muallaf bujang atau berumah tangga untuk mengikuti pengajian ini.

    1. Saya dan rakan merupakan muallaf yang baru saja memeluk Islam, di manakah tempat untuk saya mendalami Islam?

    Sekiranya tuan / puan merupakan seorang muallaf maka tuan / puan boleh terus mendapatkan bimbingan di Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Negeri Kedah (PUSBA).

    1. Bolehkah saya dan rakan yang merupakan muallaf warga asing mengikuti pengajian di PUSBA?

    Ya, boleh. Dengan syarat mempunyai dokumen seperti berikut :

    1. Passport / visa masih belum tamat tempoh
    2. Mempunyai surat pengakuan pengislaman
    1. Adakah PUSBA mengurus visa belajar bagi pelajar saudara baru warga asing?

    Ya. Tetapi haruslah menepati syarat / kriteria yang telah ditetapkan oleh JAKIM dan PUSBA.

    1. Bagaimanakah cara untuk mendaftar ke PUSBA?

     

    Untuk pendaftaran, anda perlu hadir ke Pejabat PUSBA untuk mengisi borang dan menyerahkan dokumen seperti berikut:

    1. a) Salinan kad pengenalan ATAU passport (bagi yang bukan warganegara)
    2. b) Dokumen pengislaman daripada Jabatan Agama Islam Negeri
    3. c) Surat tajaan daripada Majlis Agama Islam Negeri (bagi yang memeluk Islam BUKAN di negeri Kedah)
    4. d) Memliki dokumen perjalanan yang sah bagi yang bukan warganegara Malaysia.
    5. e) Memiliki laporan kesihatan yang sah.
    6. f) Gambar berukuran passport.
    1. Berapa lamakah tempoh pengajian di PUSBA?

    Tempoh pengajian di PUSBA adalah selama empat bulan dan peserta perlu tinggal di asrama yang disediakan serta menghabiskan pengajian untuk mendapatkan Sijil Tamat Kursus.

    1. Adakah PUSBA di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Kedah?

    Ya. PUSBA merupakan salah satu bahagian di Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

    1. Berapa perlu belajar di PUSBA?

    4 bulan bagi kelas bulanan dan 2 tahun bagi kelas mingguan.

    1. Apakah hala tuju peserta selepas tamat pengajian di PUSBA?

    Pelajar boleh mengikuti pengajian kelas mingguan PUSBA di daerah-daerah yang telah disediakan, pusat pengajian pondok dan lain-lain institusi pengajian.

    1. Adakah PUSBA di bawah PERKIM?

    Tidak. PUSBA adalah di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

    1. Apakah jenis kursus yang disediakan di PUSBA?

    Di PUSBA ada dua kategori pengajian.

    Kursus Intensif 4 bulan (sepenuh masa)

    Pengajian kelas mingguan khas untuk golongan muallaf yang bekerja / berumah tangga

    1. Adakah dikenakan bayaran jika mengikuti pengajian di PUSBA?

    Bagi peserta yang memeluk Islam di negeri Kedah, kos pengajian ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah. Manakala bagi peserta yang memeluk Islam di negeri lain akan ditanggung oleh Majlis Agama Islam negeri tersebut.

    1. Apakah kelayakan untuk memasuki PUSBA?

    – Keutamaan diberikan kepada mereka yang memeluk Agama Islam di negeri Kedah

    – Semua lapisan berumur *18 hingga 60 yang telah mendaftar di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri

    – Semua kaum termasuk Cina, India, Indonesia, Kemboja, Thai, Iban, Murut, Bidayuh, Asli, Bajau dan lain-lain.

    1. Apakah kemudahan-kemudahan yang terdapat di PUSBA sekiranya saudara baru berminat untuk mengikuti pengajian?

    Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di PUSBA adalah :

    1. Surau
    2. Dewan makan
    3. Asrama Lelaki & Perempuan
    4. Bilik perpustakaan
    5. Bilik rekreasi Lelaki & Perempuan
    6. Bilik Kuliah
    7. Ruang Riadah yang selesa
    8. Bilik kaunseling
    9. Dewan
    10. Gelanggang Badminton
    1. Saya berminat untuk mengikuti pengajian di PUSBA, bolehkah saya tahu apakah sukatan pelajaran yang diajarkan di sini?

    Sukatan pelajaran yang terdapat di PUSBA ialah :

     

    Bil.

    Mata Pelajaran

    Bab / Perkara

    1.

    Akidah

    Iman dan Islam

    Pengertian Imam dan rukun-rukunnya

    Pengertian Islam dan rukun-rukunnya

    Perbezaan Iman dan Islam

    Dua Kalimah Syahadah

    Pengertiannya

    Rukun-rukunnya

    Syarat-syaratnya

    Perkara-perkara yang membatalkannya

    Beriman kepada Allah

    Sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah

    Asma Al-Husna

    Beriman kepada malaikat

    Nama-nama malaikat dan tugas-tugasnya

    Beriman kepada kitab-kitab Allah

    Nama-nama kitab yang diturunkan

    Nabi dan Rasul yang menerima kitab

    Keistimewaan Al-Quran

    Beriman kepada rasul

    Percaya kepada Rasul

    Perbezaan antara Nabi dan Rasul

    Kerasulan itu pemberian Allah

    Nama-nama Rasul yang wajib diketahui

    Tugas-tugas Rasul

    Sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi rasul

    Rasul-rasul itu maksum

    Mukjizat pada rasul

    Nabi Muhammad yang terakhir dan keistimewaannnya

    Beriman kepada Hari Akhirat

    Hari Kiamat dan dalil-dalilnya

    Tanda-tanda Hari Kiamat

    Hidup sesudah mati

    Mahsyar

    Hisab

    Pahala dan dosa

    Titian Siratul Mustaqim

    Syurga dan Neraka

    Beriman kepada Qada dan Qadar

    Pengertiannya

    Usaha dan Ikhtiar

    Tawakal

    Kufur dan ciri-cirinya

    Syirik

    Jenis-jenis syirik

    Kemudaratan syirik

    Riddah

    Nifaq

    2.

     Ibadah

    Hukum-hakam Agama Islam

    Bersuci

    Bersuci dan hukumnya

    Air dan bahagiannya

    Benda-benda najis dan cara menyucikannya

    Wudhuk

    Mandi wajib dan hadas besar

    Tayammum

    Solat

    Pengertian solat dan hikmatnya

    Syarat-syaratnya wajib dan sah solat

    Rukun-rukun solat

    Rukun-rukun sunat dalam solat

    Azan dan iqamah

    Perkara-perkara sunat sebelum dan selepas solat

    Perkara-perkara yang membatalkan solat

    Solat berjemaah dan tuntutannya

    Solat jumaat

    Solat jamak dan qasar

    Solat-solat sunat

    Puasa

    Pengertian puasa dan hikmahnya

    Syarat-syarat wajib dan sah puasa

    Rukun puasa

    Perkara-perkara yang membatalkan puasa

    Perkara-perkara sunat dalam puasa

    Qadha, fidyah dan kifarah

    Puasa-puasa sunat

    Zakat

    Pengertian zakat dan hikmahnya

    Bahagian zakat

    Asnaf zakat

    Zakat fitrah

    Haji

    Pengertian haji dan hikmahnya

    Umrah /ziarah

    Rukun / wajib haji

    Syarat-syarat wajib haji

     

    3.

    Akhlak

    Peribadi Rasulullah S.A.W

    Akhlak terhadap Allah

    Akhlak terhadap rasul

    Akhlak terhadap ibubapa

    Akhlak terhadap guru

    Akhlak terhadap jiran

    Persaudaraan dalam Islam

    Sifat-sifat Mahmudah

    Sifat-sifat Mazmumah

    Pakaian dalam Islam

     

    4.

    Sirah

    Masyarakat jahiliah sebelum kelahiran rasul

    Kelahiran Nabi S.A.W

    Nasab / keturunan Nabi

    Hidup Nabi semasa kecil sehingga diutus menjadi Nabi

    Perutusan nabi menjadi Rasul

    Dakwah secara sulit

    Dakwah Nabi secara terang

    Tentangan terhadap dakwah Nabi

    Israk dan Mikraj

    Hijrah ke Madinah

    Pembentukan Negara Islam di Madinah

    Peperangan yang berlaku semasa zaman Nabi

    Pembukaan Kota Mekah

    Rasulullah S.A.W wafat

     

    5.

    Amali

    Bacaan-bacaan dalam solat

    Bacaan-bacaan selepas solat

    Solat amali

    Azan / iqamah (amali)

    Wudhuk (amali)

    Doa-doa amalan harian

    Amalan-amalan mulia

    Adab makan dan minum

    Adab bercakap

    Adab dalam rumah

    Adab tidur

    Adab dalam masjid

    Adab dalam majlis

    Adab dengan tetamu

    Adab berziarah

     

    1. Adakah PUSBA turut menyediakan bantuan lain selain pendidikan?

     

    Tidak. PUSBA hanya sebuah pusat pendidikan sahaja. Bantuan lain perlu dirujuk kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah.

    20.Bagaimana untuk saya berurusan dengan pihak PUSBA?

     

    Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-

    Pengetua
    Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA),
    Jalan Pegawai, 08000 Sungai Petani,
    Kedah Darul Aman.

    Telefon   : 04-4258561 / 04-4203563

    Faksimili : 04-4258226

    E-mail     : pusba_hq@yahoo.com 

 


Dikemaskini
09/06/2021 12:55:17

 

2021 © Hakcipta Terpelihara Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri Kedah Darul Aman

PENAFIAN

Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.