
JUMLAH TERKUMPUL KUTIPAN WAKAF TUNAI
Penubuhan Wakaf
Majlis menjadi pemegang amanah tunggal wakaf, nazr dan amanah
Walau apapun apa-apa peruntukan yang berlawan yang terkandung dalam mana-mana surat cara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal, atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal:-
a) Semua wakaf, sama ada wakaf 'am atau wakaf khas
b) semua nazir ' am; dan
c) segala jenis amanah yang mewujudakan apa-apa amanah khairat bagi menyokong
dan memajukan Agama Islam atau faedah orang-orang islam mengikut hukum
syarak.
Jawatankuasa Wakaf
Majlis hendahklah menubuhkan satu Jawatankuasa yang bertanggungjawap bagi pentadbiran dan pengurusan semua perkara yang berhubung dengan wakaf di bawah Peraturan-Peraturan ini.
2) Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi jawatankuasa .
3) Ketua Pendaftar Wakaf hendaklah menjadi Setiausaha Jawatankuasa
Keanggotaan Jawatankuasa
(1)Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
a) Pengerusi yang dilantik oleh Majlis dalam kalangan anggota Majlis;
b) Mufti atau wakilnya;
c) Penasihat Undang- Undang Negeri atau wakilnya;
d) Setiausaha Majlis;
e) Pengarah Tanah Dan Galian Negeri atau wakilnya; dan
f) dua orang anggota lain yang dilantik oleh Majlis daripada kalangan orang islam yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam pengurusan dan pembangunan wakaf.
(2) Jika anggota dibawah perengan (1)(c) dan (e) bukan beragama islam, hendaklah dilantik wakil yang beragama Islam.
Peranan Jawatankuasa
(1) Majlis boleh memberikan arahan kepada Jawatankuasa dari semasa ke semasa tentang perlaksanaan fungsi-fungsi Jawatankuasa di bawah peraturan ini dan Jawatankuasa hendaklah melaksanakan arahan yang diberikan itu.
(2) Arahan yang disebut dalam subperaturan (1) bolehlah termasuk arahan -arahan
(a) untuk memberikan kepada Majlis apa-apa penyata , laporan akaun dan maklumat tentang aktiviti-aktiviti sebagaimana yang dikehendaki oleh Majlis dari semasa ke semasa;
(b) untuk mengemukakan beagi pemeriksaan Majlis apa-apa akaun dan rekod yang di simpan dan disengarakan oleh Jawatankuasa termasuklah akaun dan rekod dalam mentadbirkan wang dan harta wakaf ; dan
(c) untuk melakukan apa-apa perkara lain yang disifatkan suaimanfaat oleh Majlis bagi tujuan mengawal selai pengurusan Jawatankuasa.
Sumber Wakaf
Pembahagian Wakaf terdiri daripada dua (2) iaitu : Wakaf Am Dan Wakaf Khas
Wakaf Am ialah untuk tujuan kabajikan umum maslahat umat Islam
Wakaf Khas ialah untuk tujuan kebajikan yang telah ditentukan oleh pewakaf seperti wakaf anak cucu/zuriat, masjid, tanah perkuburan, sekolah agama dan lain-lain.
☗ Memproses permohonan wakaf melalui proses perletakhakkan melalui seksyen 416C Kanun Tanah Negara dalam tempoh masa 2 bulan selepas permohonan diterima.
☗ Memproses permohonan wakaf melalui borang 14A dalam tempoh 2 bulan.
☗ Mengemukakan permohonan tanah kerajaan kepada Pejabat Tanah Daerah dalam tempoh 1 bulan selepas permohonan diterima.
☗ Memproses pengambilan tanah mengikut prosedur dalam tempoh 2 tahun.
☗ Memanjangkan permohonan penyewaan tanah kepada Bahagian Pembangunan Hartanah. dalam tempoh masa 1 minggu selepas permohonan diterima.
☗ Memproses permohonan pengeluaran hasil wakaf khas dalam tempoh 2 minggu selepas menerima permohonan.
☗ Menyediakan laporan tanah selepas lawatan tapak dibuat dalam masa 1 minggu.
