29 Oktober 2025 (Kuala Lumpur): Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah perkenan menerima mengadap daripada Muslim Insiders bertempat di Istana Darul Aman, di sini.
Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda Kedah disambut oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, Setiausaha MAIK, Datuk Seri Dr Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders dan Prof Adj Haji Adam Richman, Presiden Muslim Insiders.
Baginda Tuanku Raja Muda turut perkenan untuk sesi bergambar bersama pihak Muslim Insiders sebelum sesi mengadap bermula.
Hadir sama ke sesi mengadap, Encik Fairus bin Abd Rahim, Ketua Bahagian Pembangunan Hartanah MAIK, Encik Zainul Jamal bin Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).





