Alih Bahasa:

Author picture

MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN (EXIT CONFERENCE) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

ALOR SETAR (08 JANUARI 2023) – Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan (Exit Conference) MAIK Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 telah berjaya diadakan bersama pihak Jabatan Audit Negara dan pihak pengurusan MAIK pada harini bertempat di Bilik Mesyuarat Saidina Abu Bakar, JHEIK.

Pentadbiran MAIK diketuai oleh Setiausaha MAIK, Dato’ Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Zainuddin selaku pengerusi bersama, kakitangan Bahagian Kewangan dan Pelaburan MAIK, Unit Audit Dalam MAIK, Bahagian Pembangunan Hartanah MAIK, Bahagian Wakaf dan juga Bahagian Baitulmal.

Hadir bersama Pengarah Audit Kewangan IV, Jabatan Audit Negara, Putrajaya, Pn. Norliza binti Md. Nuruddin @ Nordin, Ketua Penolong Pengarah I, Dr. Mohd Daniel bin Mohd Nassir dan Pengarah Audit Kedah, En. Hanizar bin Hamzah bersama-sama lima orang pasukan audit kewangan Jabatan Audit Negara, Kedah.

Pelbagai isu dan teguran diperbincangkan serta mendapat pandangan dan ulasan yang membina dari Jabatan Audit Negara. Kerjasama yang baik ini membantu MAIK untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pengurusan kewangan untuk masa hadapan. Di akhir perbincangan, pihak Jabatan Audit Negara sebulat suara menganugerahkan Sijil Bersih Pengauditan kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 2021.

 

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.