Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PENGARAH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DAN SETIAUSAHA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

Majlis Penyerahan Tugas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah diadakan pada 19 Disember 2022, Isnin     di Bilik Mesyuarat Saidina Umar, JHEAIK. Penyerahan tugas telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, DSDK., SDK., AMK., BCK yang telah bertugas sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, DIMP., DSM.,AMK.,BCK.,ASK. yang menjawat jawatan sebagai Pengarah JHEAIK merangkap Setiausaha MAIK yang baharu.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, mantan Pengarah JHEAIK dan dikuti dengan ucapan Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin. Majlis diteruskan dengan upacara menandatangani nota serah tugas bagi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

 

Majlis berakhir pada jam 10.00 pagi.

 

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.