Alih Bahasa:

Author picture

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PENJARA MALAYSIA KE MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PENJARA MALAYSIA KE MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

 

ALOR SETAR (17 OKTOBER 2022) – Jabatan Penjara Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Rombongan Jabatan Penjara Malaysia tiba jam 9.20 pagi dan disambut oleh Sohibul Fadhilah Dato’ Wira Syeikh Yahaya Bin Haji Jusoh Timbalan Yang Dipertua MAIK serta pegawai-pegawai daripada Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

 

Rombongan Jabatan Penjara Malaysia diketuai oleh Yang Berusaha Dato’ Ibrisam Bin Abdul Rahman Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), TKP Muslih bin Mahmud Pengarah Bahagian Agama Dan Kaunseling, TKP Shukri Bin Saad Pengarah Penjara Negeri Kedah, PKP Raja Mohd Amazon Bin Raja Daud Pengarah Penjara Alor Setar, PKP Rizalma Bin Che Abd Hamid Pengarah Penjara Pokok Sena, PKP Nazri Bin Mohamad Pengarah Penjara Sungai Petani dan pegawai-pegawai penjara.

 

Pertemuan dan perbincangan hampir selama satu jam setengah ini membincangkan mengenai aktiviti kerjasama yang boleh dilaksana secara bersama diantara pihak Jabatan Penjara Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Kolaborasi diantara kedua-dua agensi ini diharapkan dapat direalisasikan atas niat kebaikan dan kemaslahatan umat Islam keseluruhannya di negeri Kedah dan Malaysia amnya.

 

Kunjungan hormat daripada Jabatan Penjara Malaysia tamat pada jam 11.20 pagi selepas penyampaian cenderahati  dan acara bergambar.

 

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.