Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BAITULMAL MAIK KEPADA MANGSA BANJIR DI DAERAH BALING

31 Julai 2022 | Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, Baling Kedah.
Pihak Baitulmal dengan kerjasama Pejabat Daerah Baling menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir bencana kepala air di Kampung Iboi dan kawasan yang terlibat di daerah Baling. Majlis penyampaian sumbangan ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Yusuf daripada Pejabat Agama Daerah Baling dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh Yang Berusaha Puan Nafishah Binti Md Shariff (Wakil kepada Tuan Pegawai Daerah Baling).
 
Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan oleh Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Ahmad Zaki Bin Hj Ghazali (Ketua Bahagian Baitulmal MAIK) mewakili Yang Berbahagia Setiausaha MAIK kepada 107 orang penerima yang terpilih. Majlis berakhir pada jam 10:40 pagi. 
 
Semoga dengan sedikit pemberian ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terlibat.
Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.