Alih Bahasa:

Author picture

BENGKEL SEMAKAN STRUKTUR KURIKULUM PUSBA

ALOR SETAR (18 – 20 JULAI 2022) – Telah berlangsung Bengkel Semakan Struktur Kurikulum Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzham Shah (PUSBA) di The Jerai Hotel, Alor Setar.

Bengkel yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini telah melibatkan seramai lapan (8) orang panel semakan iaitu Dato’ Wira Syeikh Yahya Bin Haji Jusoh (TYDP MAIK), Dato’ Syeikh Ismi Anuar Bin Haji Abdul Halim (Timbalan Pengarah Operasi JHEINK), Prof Madya Dr. Muhammad Nasri Bin Md Hussain (Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM), Dr. Akli Bin Ahmad (Dekan Kuliyyah Syariah & Undang-Undang UniSHAMS), Ustaz Dr. Mohd Nizho Bin Abdul Rahman (Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah UUM), Dr. Sakinatul Raadiyah Binti Abdullah (Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari Acis UITM Kedah), Ustaz Khairul Anwar Bin Haji Mohamad Ali (Wakil KPP Kanan Sektor Pendidikan Islam JPN), Syeikh Ahmad Zaki Bin Haji Ghazali (Ketua Bahagian Baitulmal MAIK) serta kakitangan PUSBA sendiri sebagai urusetia.

Tujuan Bengkel Semakan Struktur Kurikulum PUSBA ini dilakukan adalah untuk menyemak kembali sukatan pelajaran tiga (3) subjek yang digunapakai oleh PUSBA iaitu subjek Akidah, Fiqh dan Akhlak agar ianya tepat mengikut skema yang digunapakai oleh Institusi-institusi Pendidikan yang lain agar ianya sesuai untuk golongan Saudara Baru. Berbaki tiga (3) subjek iaitu Sirah, Jawi dan Al-Quran akan dilakukan pada 23-25 Ogos 2022 pula.

Semoga usaha yang dilakukan ini, para pelajar dan guru PUSBA mendapat manfaat di masa akan datang.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.