Alih Bahasa:

SUMBANGAN BANTUAN OLEH BAITULMAL KEPADA MANGSA BANJIR DI BALING, KEDAH

BALING (9 JULAI 2022) – Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Kedah berkenan mencemar duli untuk hadir mengadakan lawatan ke daerah Baling bagi meninjau keadaan dan kesan fenomena kepala air dan banjir yang melanda kawasan tersebut. Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh YDH CP Datuk Wan Hassan Bin Wan Ahmad, Ketua Polis Kedah, YDH DCP Dato’ Mohd Roze Bin Shaari, Timbalan Ketua Polis Kedah serta YBhg. Tuan Haji Mohd Shahadan Bin Haji Abdullah, Pegawai Daerah Baling.

Setiba di lokasi DYTM Raja Muda Kedah bersama DYTM Raja Puan Muda Kedah telah diberi taklimat tentang keseluruhan kejadian banjir oleh YDH Supt Shamsudin Bin Mamat, Ketua Polis Daerah Baling selaku Komander Operasi Bencana. DYTM Raja Muda Kedah bersama DYTM Raja Puan Muda Kedah turut mencemar duli ke sekitar kawasan kejadian untuk melihat kesan-kesan banjir.

Selaku YDP Majlis Agama Islam Negeri Kedah, DYTM Raja Muda Kedah bersama DYTM Raja Puan Muda Kedah berkenan menyampaikan bantuan kewangan dan kit makanan daripada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah diiringi Tuan Syeikh Ahmad Zaki Bin Haji Ghazali, Ketua Bahagian Baitulmal kepada beberapa mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut.

Seterusnya Baginda berdua berkenan berangkat ke Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang untuk sama-sama melakukan aktiviti pembersihan akibat daripada dilanda banjir.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah dan  DYTM Raja Puan Muda Kedah berangkat meninggalkan lokasi kira-kira jam 12.30 tengahari.

Menjunjung kasih Tuanku.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

10 June 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PROGRAM QIYAMULAIL DAN MAJLIS PERJUMPAAN PANGLIMA 2 DIVISYEN BERSAMA PESERTA KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

10 June 2025

PUSBA (3 JUN 2025) PROGRAM QIYAMULAIL DAN MAJLIS PERJUMPAAN PANGLIMA 2 DIVISYEN...

MAJLIS PENYERAHAN KABIN BILIK OPERASI PENDIDIKAN ISLAM (KAFA) SK DULANG OLEH MAIK

29 May 2025

28 Mei 2025 (Alor Setar) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN CEK PROGRAM BANTUAN TAJAAN MAKANAN (FIDYAH) KEPADA PELAJAR ASNAF UUM

29 May 2025

27 Mei 2025 (Sintok) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi bin...

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KABIN GURU KAFA TAHUN 2025 SUMBANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDIQ, ALOR SETAR, KEDAH

21 May 2025

              Telah dilihat : 614

MAJLIS SUMBANGAN SENTUHAN KASIH DARIPADA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (MAIK) DAN KUMPULAN SYARIKAT EMZI

21 May 2025

20 Mei 2025 (Merbok) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi bin...

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.