ArabicEnglishIndonesianMalayThai
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

UJIAN BACAAN ASAS DAN PRAKTIKAL SOLAT

KUALA MUDA (21 APRIL 2022) – Telah bermulanya Minggu Peperiksaan Sijil Kefahaman Islam untuk sesi 1/2022.

Minggu peperiksaan dimulakan dengan Ujian Amali Bacaan Asas dan juga Ujian Amali Praktikal Solat kepada semua pelajar-pelajar bulanan PUSBA sesi 1/2022. Ujian Amali berkenaan telah dilaksanakan di dalam kelas dan juga surau PUSBA. Antara perkara yang dinilai dalam ujian hari ini ialah Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Rukun Islam dan Rukun Iman, Lafaz Niat Wudhuk, Lafaz Niat Tayammum, Lafaz Niat Mandi Hadas dan diteruskan dengan Ujian Praktikal Solat manakala peperiksaan bertulis akan bermula pada minggu hadapan. Tujuan ujian amali ini diadakan adalah bagi memastikan para pelajar dapat membaca dan melaksanakan ibadah solat dengan sempurna dan betul.

Semoga kesemua pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu Asas Fardhu Ain yang telah diberikan selama 4 bulan di PUSBA apabila telah tamat sesi nanti.

Facebook
WhatsApp
Twitter
Font Resize
Contrast

PENAFIAN

Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.