Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

18 April 2022 – Alor Setar : Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman, di Masjid Rafeah, Alor Setar Kedah.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Yang Berhormat Encik Wan Romani Bin Wan Salim (Wakil Menteri Besar Kedah Darul Aman), Yang Berhormat. Dato’ Haji Juhari Bin Bulat Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Hj Awang (Mufti Kedah Darul Aman), Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman Bin Abdullah (Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Darul Aman) Dato’ Haji Norizan Bin Khazali Timbalan Setiausaha Kerajan (Pembangunan) dan Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Md. Daud (Pengarah JHEAIK), serta Pegawai -pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Raja Muda Kedah berkenan menunaikan Solat Isyak dan Solat tarawikh berjemaah yang diimamkan oleh Sohibul Fadhilah Tuan Syiekh Khairul Firdaus Bin Abu Bakar.

Majlis diteruskan dengan ceramah sempena Sambutan Nuzul Al Quran oleh Sohibul Fadhilah Dr. Hazli Bin Ismail Al Hafiz Pensyarah Unishams

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah berangkat pulang pada jam 10.30 malam dan diikuti kepulangan tetamu kehormat.

 

 

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.