Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS PENYAMPAIAN FIDYAH 1443H/ 2022M ANJURAN BAITULMAL MAIK DI MASJID AL BUSYRA, PEKAN MERBOK, DAERAH KUALA MUDA, KEDAH

KUALA MUDA (27 MAC 2022) – Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berkenan berangkat ke Masjid Al Busyra, Pekan Merbok, Daerah Kuala Muda bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Fidyah Tahun 1443H/2022M Anjuran Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri.

Menyambut ketibaan baginda ialah YB Dato’ Hajah Ustazah Siti Ashah Binti Haji Ghazali (Exco Kerajaan Negeri Kedah), Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Hj. Fadzil Bin Hj Awang (Mufti Negeri Kedah), Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Md. Daud (Setiausaha MAIK), dan Pegawai-Pegawai MAIK.

Baginda berkenan menyampaikan bantuan fidyah kepada 25 orang penerima kariah Masjid Al Busyra dan menyampaikan sumbangan kepada Masjid Al Busyra berbentuk mock-cheque. Bantuan ini merupakan simbolik kepada agihan bantuan fidyah kepada seluruh masjid di Negeri Kedah yang terdiri daripada 5780 penerima kesemuanya.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berkenan membuat lawatan sekitar Masjid Al Busyra dan baginda berangkat pulang kira kira jam 11.00 pagi.

Menjunjung Kasih Tuanku.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.