Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA NISFU SYABAAN PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

ALOR SETAR (17 MAC 2022) – Majlis Bacaan Yasin sempena Nisfu Syaaban telah diadakan di Masjid Zahir Alor Setar, Kedah.

 

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berkenan berangkat hadir menyertai majlis ini secara atas talian. Turut hadir ialah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Noor (Menteri Besar Kedah), Yang Berhormat Brigedier Jeneral (B) Dato’ Hj Najmi Bin Hj Ahmad (Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kedah), Yang Berhormat Encik Romani Bin Wan Salim (Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kedah), Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Hj Awang (Mufti Negeri Kedah Darul Aman), Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman Bin Abdullah (Ketua Hakim Syarie), serta pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah, dan anak kariah Masjid Zahir Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Majlis Bacaan Yasin dimulakan pada jam 8.00 malam dan diketuai oleh Dato’ Syeikh Roslan Bin Abdul Halim Al Hafiz (Imam Besar Masjid Zahir).

Majlis Bacaan Yasin tersebut berakhir pada jam 9.30 malam selepas Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berangkat meninggalkan majlis, diikuti kepulangan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhamad Sanusi Bin Md Noor Menteri Besar Kedah serta kepulangan dif-dif jemputan.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.