Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS PERSARAAN DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KAKITANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

MAJLIS PERSARAAN DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KAKITANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

31/10/2021 Alor Setar

Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Persaraan Dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kakitangan bertempat di the Jerai Hotel, Alor Setar Kedah.

Majlis ini meraikan dua kakitangan MAIK yang telah bersara wajib iaitu YM Hj Tengku Ariff Shah Bin Tengku Ab Khalid dan Puan Norpishah Binti Hashim. Sohibul Fadhilah Dato’ Wira Syeikh Yahya bin Hj Jusoh Timbalan Yang Dipertua MAIK turut hadir meraikan kedua kakitangan yang bersara ini. Beliau dalam ucapan mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa yang disumbangkan kepada MAIK.

Sejurus selepas itu, majlis ini turut diserikan dengan pemyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kakitangan MAIK. Kakitangan yang telah menerima anugerah ini ialah

  1. YM Hj Tengku Ariff Shah Bin Tengku Ab Khalid, AMK., BKM.
  2. Puan Norpishah Binti Hashim.
  3. Syed Harusani Bin Syed Abdillah.
  4. Puan Mashitoh Binti Zainol Abidin.
  5. Encik Ehsan Hamdi Bin Mohamed.

Majlis berakhir selepas acara bergambar dan jamuan tengahari.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.