07 Julai 2025 – Alor Setar:
Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menganjurkan Majlis Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC) Bagi Tahun 2024 serta Persaraan Kakitangan MAIK
yang bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, di sini.
Majlis ini dimulakan dengan
ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abdul Ghani @ Zulkifli bin
Haji Zainuddin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Dalam ucaptama
tersebut, beliau menegaskan majlis APC seumpama ini juga bukan sahaja sebagai
pengiktirafan atas kerja keras dan dedikasi, tetapi juga sebagai motivasi
kepada semua warga organisasi untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Beliau turut mengambil kesempatan
mengucapkan tahniah atas persaraan mantan Timbalan Yang Dipertua MAIK, Sohibul
Fadhilah Dato’ Wira Syeikh Yahaya Bin Haji Jusoh yang tamat kontrak pada 31
Disember 2024 serta persaraan Puan Norhairani binti Saad selaku Penolong
Pegawai Hal Ehwal Islam MAIK yang bersara wajib pada 01 Januari 2025.
Majlis diserikan dengan acara
kemuncak iaitu penyampaian hadiah persaraan kepada Sohibul Fadhilah Dato’ Wira
Syeikh Yahaya Bin Haji Jusoh dan Puan Norhairani binti Saad sebelum menyerahkan
Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MAIK bagi Tahun 2024 kepada 6 orang
penerima iaitu; Tuan Syeikh Ahmad Zaki bin Ghazali, Ketua Bahagian Wakaf, Tuan
Syeikh Suhaimi bin Zulkiflee, Ketua Bahagian Baitulmal, Puan Mazliza binti Mohd
Noor, Ketua Pembantu Tadbir, Puan Nor Fadila Shuhada binti Khalid, Pembantu Hal
Ehwal Islam, Encik Mohammad Affan bin Kossim, Pembantu Tadbir (P/O) dan Encik
Mohd Izani bin Abd Aziz, Pembantu Khidmat Am.
Majlis diakhiri dengan sesi
fotografi dan jamuan makan kepada semua kakitangan MAIK sebelum diteruskan
dengan pergerakan pulang tetamu jemputan, Setiausaha MAIK dan semua pegawai dan
kakitangan yang hadir.